TABUNG ANAK

Sunday, May 22, 2011

Doa pada kad kawen

hye tawan2....arini cikanis nk share ckit dua tiga empat doa o byk2 doa..dah stat wat ayat cam org sasau..huhu....disebabkan cikanis skg tgh bizi body ngn kad tawen cikanis..kad dh book...design dh plh..form dh isi...doa dh email...byk gak doa2 yg terbaik utk plhan bakal pengantin...nama pun doa kan...suma makna2 bek..cuma kita mesti nak yg lebih dekat dgn kita..yg lebih terbaik utk kita...moga makna doa yg kila plh tu memberikan 1001 makna kepada kita..dimakbulkan Allah...


DOA 1

Ya Allah, satukanlah hati

Muhammad Aidil dengan Ros Anis

dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadamu.

Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan

isteri solehah yang sentiasa membantu.

Mewahkanlah rezeki mereka dan

kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.

Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman

dan dipenuhi Al-Muwaddah dan Ar-Rahmah didunia dan diakhirat,

Amin Ya Rabbal Alamin


DOA 2

Ya Allah Ya Tuhan kami
Satukanlah hati kedua mempelai ini
……………………………….. dengan ……………………………………
seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Siti Zulaika
dan seperti engkau satukan
Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah
Ya Allah
Berkatilah majlis yang diadakan ini, jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka
zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh
sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.


DOA 3

Ya Allah Ya Rahim

Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami isteri,
berkatilah majlis yang diadakan dengan
keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini dengan izinMu.
Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan Mu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia.
Dengan Taufik dan Hidayahmu,
beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Amin Ya Rabbal Alamin


DOA 4

"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam
bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"



DOA 5

Ya Allah Ya Tuhanku

Sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,
Bertemu di atas ketaatan kepadaMu,
Bersatu di jalan dakwahMu
dan berjanji menegakkan AgamaMu...Maha Suci Engkau,
Perteguhkan tali ikatan kami,
Limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini,
Titipkanlah kemesraan di antara kami agar kemesraan itu abadi
Ya Allah Ya Tuhan yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera,
Sepertimana yang Engkau kehendaki."

Semoga jodoh perkahwinan
Ros Anis dengan Muhammad Aidil
Berkekalan sehingga ke syurga kelak....

Amin Ya Rabbal 'Alamin

sumber : encik google

notakukukaki : doa 1 & doa 5 adalah doa dlm kad cikanis n cikdil....moga apa yang dihajati, diimpikan oleh kami dimakbulan Allah...Amin!!!!

2 comments:

  1. Suke doa 1.....entry sgt2 membantu B2B lain yg mencari doa...!!

    ReplyDelete
  2. ary juga ader doa setiap kawan ary kawin.,.. klik link ni ye.. http://ariasputera.blogspot.com/2011/05/seharum-rahmatmu.html

    ReplyDelete

Final Countdown

laguku untukmu

There was an error in this gadget

~ALL ABOUT LOVE~

Daisypath Anniversary tickers

**kami~DAH~tawen**

Daisypath Anniversary tickers

MY BABY

Lilypie First Birthday tickers