TABUNG ANAK

Friday, May 15, 2015

pejam mata..bayangkan...

assalamualaikum...

AMARAN : entry ni tiada kaitan dengan rumah tangga penulis..alhamdulillah cikanis dan suami baik2 sahaja..

harini tersentuh dgn entry seorang rakan cikanis..blogger juga dia.. tumpang sedih dengan apa yang dia lalui..masih teringat-ingat entry di blog nya..masih terngiang-ngiang kata-kata dia..moga allah berikan kekuatan pada sahabat cikanis tuh...memang perit jika kehilangan insan tersayang.. wpun penuh duri, kena juga lalui..tempuh dan rempuh! .. semoga dipermudahkan perjalanan kehidupannya....


kau suami..aku siteri

bertahun-tahun semai bahagia
bertahun-tahun tabur baja
tak lupa siram dengan gembira

susahnya menjaga sebuah istana
susahnya menjaga sebuah bahagia
susahnya untuk kekalkan gembira

harini ketawa
esok berduka......
masa depan kita tak boleh baca..
bayangnya juga kita tak nampak..


onak ranjau duri penuh berliku
sama-sama pimpin tangan redah berdua
sama-sama tahu hidup tak mudah
tapi sama-sama berjanji akan kekal bersama


bertahun-tahun aku dengan dia
sekali lafaz, sekelip mata aku isteri dia
bertahun-tahun kumpul duit bina istana bahagia
majlis sehari habis segala
bertahun-tahun semai bahagia
dengan sekali lafaz musnah rumah tangga..runtuh istana dibina...


andai suami buat hati kita geram
pejam mata..bayangkan penat lelah suami
pejam mata..bayangkan tengah terik suami keluar demi mencari rezeki
pejam mata..bayangkan nafkah yang ditanggung utk anak dan siteri


andai isteri buat hati kita jelik
pejam mata..bayangkan penat lelah isteri melayan anak & suami
pejam mata...bayangkan isteri yang kebal hatinya melayan amarah suami
pejam mata..ingat kembali saat isteri bertarung nyawa lahirkan zuriat suami



sama-samalah kita muhasabah diri...




notakukukaki : entry ni tak ada kaitan dengan cikanis...doakan yang terbaik utk sahabat kita..







2 comments:

  1. Assalam cikanis,
    kita hanya mampu merancang berusaha tapi yang menetukan tetap Allah
    moga segalanya dipermudahkan buat rakan cikanis itu AMIN

    ReplyDelete

Final Countdown

laguku untukmu

There was an error in this gadget

~ALL ABOUT LOVE~

Daisypath Anniversary tickers

**kami~DAH~tawen**

Daisypath Anniversary tickers

MY BABY

Lilypie First Birthday tickers